Prosiding bela diri oleh Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Razali yang berdepan pertuduhan menganiaya remaja sindrom down, Bella diteruskan hari ini di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur biarpun tidak diwakili peguam.<br /><br />Hakim Izralizam Sanusi membuat penetapan itu kerana tidak mahu lagi kes itu ditangguh lagi seperti sebelum ini.